Monday, 5 May 2014

coretan hidup

Assalamualaikum,

Tepat jam 11.59 pm 04-05-2014

Masih letih, masih lesu, masih belum cukup tidur. Lepas balik dari kem menembak 2 hari berturut2 dengan kaki yang melecet, 3 assignment yang kena hantar pada hari yang sama, dengan kelas esok yang awal pagi, dengan berada di ruang tamu seseorng sambil mendengar alunan zikir. Alhamdulilah

Kadang rasa nak menagis dalm hati, pada zahir tak nampak, tapi batin menjerit kuat menangis teresak-esak memohon penenangan. 
Dalam masa yang sama, badan yang letih, otak yang lesu, anggota yang tiada tenaga memohon pada tuannya untuk berehat, namun akal menidakkan nya. Masih alpa dengan ciptaan manusia, Astgfirullah,

Ya Allah aku terpesong jauh dari mu, aku sedar dengan kelalaian ini, aku nampak aku sedar. Tapi aku alpa. Astaghfirullah, aku tahu aku sedar ini adalah dunia semata-mata, hanya sementara tak perlu dikejar. Akhirat itulah yang perlu di kejar. Ya Allah, aku akur, aku sedar benda yang aku lakukan ni sia-sia, tiada pengisian.
Masa lapang on hand phone slide sana slide sini, main game. Scroll sana scroll sini layan laman sosial. Itu semua membuat kita lupa kan akhirat. Aku sedar. Masa terluang buka labtop tengok movie, main game, bukak laman sosial. Aku sedar.  Astaghfirullh, saban hari, benda sia-sia saja aku buat, tiada benda manfaat di dunia ni yang aku buat untuk bekalan di akhirat. MasyAllah,

Masa terluang borak dengan kawan cakap pasal benda itu, cakap benda ini langsung tak ada peningkatan tiada manfaat, tiada perkembangn dalam meningkatkan kualiti hidup sebagai seorang muslim . Astaghfirullah,


Aku perlukan perubahan, MasyAllah, sungguh besar kuasa mu ya Allah, dalm masa seminit Kau buat hati terbuka, aku tersedar dengan apa yang aku buat selama ni. Aku tau Allah sayangkn aku, mahu umatnya berubah. Semua orang terima perubahan ini, Cuma dia saja perlu sedar dan cepat bertindak. MasyAllah,