Tuesday, 7 October 2014

kadang-kadang


Kadang-kadang rasa bila hidup kita tak sumbangkan apa-apa pun kepada orang sekeliling walaupun kita mmg nak sumbngkan sesuatu. Tapi kita takut sebab rasa kurang keyakinan nak mulakan.
Kadang kadang bila kita rasa kita tak ada function dalam group atau team tu bila ada orang yang lebih hebat dan bijak berkata-kat serta memberi hujah-hujan yang bernas. Pada masa itu mula la kita mula rasa down, dan rasa kita ni tak menyumbangkan apa-apa pun dalam team.
Tetapi. Kita lupa, di belakang kita ada saja orang yang nampak pengorbanan kita, nampak idea-idea yang kita berikan walaupun bagi kita itu bukan idea yang bagus berbanding dgn team lain. Ada yang ingin jadi seperti kita yang tidak penah putus dan luntur semangat dalam apa jua hal. Ada yg puji dan nampak kesungguhan kita dibelakang tanpa kita ketahui.
Sedarlah wahai hati, ini semua rahsia Allah. Sengaja Allah sembunyikan segalanya untuk kebaikan kita supaya kita tak bongkak dan sombong dikemudian hari. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya.

Terima kasih buat yang meyedari. Alhamdulillah